Wazir Shafiq
Hai reader sumer. Apa khabar korang kat luar sana? Rasanya dah lama giler tak update blog ni, rasa dah berhabuk sangat dah ni (Haaachum! sori2, banyak habuk) haha. So korang perasan kan layout dah baru? Haha. Untuk pengetahuan korang aku sajer tukar layout ni. Since this is my first time in this year writing something. So kene la tukar gaya sikit, bak kata orang tua biar papa asal bergaya. Haha. Yerla lagi pon dulu layout macam childish sikit, since now aku dah lama meninggalkan zaman pembelajaran dan dah berada dalam alam pekerjaan ni kira-kira hampir 2 tahun. So kita tukar sikit in term of presentation of this blog. Cheewaah.. Speaking omputih habaq hang. Haha. bagi la chance sikit nak acah-acah obersea. Hehe XD

Ok, cut all the craps. Now we straight towards the main point. Sebenarnya nak citer kat korang pasal pengalaman bekerja ni. Mesti each of korang pon ada pengalaman bekerja masing-masing kan? So since ini adalah my page, so korang kene baca pasal diri akulah. Hehe. :P

Starting from my past,rasanya dulu aku dah menceburi bidang pekerjaan ni di usia muda lagi (amboi ayat, falsafah habis habaq hang. Haha). Time tu aku masih di sekolah rendah lagi. Pada mulanya member aku ajak tolong mak dia jual kuih (tapi seyesly mak dia pandai buat kuih). Kitorang duduk dalam pangkalan TLDM so banyaklah flat 10 tingkat ni. Di sebabkan aku pon time tu budak-budak lagi, perasaan malu pon tak menebal dalam diri lagi, nak usha awek pon tak reti time tu, tau tunjuk sikap diri sendiri jerk. Tanpa segan silunya ak setuju nak tolong member aku sorang ni. Giler weyh, tak pernah terpikir pon nak naik daripada level 10 turun sampai level ground mengalunkan suara lunak merdu kitorang jual kuih.

Time tu ak memang berani giler la. Mau taknya, jerit "Kueh~ Kueh~ Siapa nak beli kueh, satu 20 sen, 5 sehinggit! Kueh~ Kueh~" haha. Biler aku teringat balik, memang lawak giler. Memori weyh mana nak cari. haha. Lama jugaklah aku tolong member aku ni. Dapatlah upah, duit sikit dan lebihan kueh yang tak habis tu. Duit yang aku dapat, aku membazir beli jajan. Haha. Apalah nak jadi dengan ko ni wazir. Budak-budak time tu, biasalah. Haha XD

So bermula daripada situ, pengalaman aku makin berkembang. Aku pernah tolong mak aku jual kacang pedas tu. Ala, yang packing dalam beg plastik segi empat kecik tu. lepas tu simpan dalam beg bawak pergi sekolah. Time tu aku dekat sekolah menengah. Haha. Then aku pernah tolong mak ak jual yong tau fu waktu sukan sekolah. Untuk pengetahuan korang, masakan mak aku ni memang superb giler. Siapa yang tak kenal dengan mak ani. Femes satu kampung weyh. Hehe. N i'm proud to be her son, secara tak langsungnya adalah tempias sikit bakat tu kat aku. Hehe.

Then aku de tolong family member ak buat katering. Kiranya family dia tukang masak, ayah dia seorang chef. Time tu aku siap tolong buat katering kat nilai, dekat UM. Pergh, time tu la first time masuk U, secara tak langsung, buatkan ak bersemangat n bertekad untuk masuk ke U. Alhamdulillah, tercapai hajat aku tu. hehe. Then ak ada jugak tolong mak aku jual nasi lemak and kueh buatan mak member aku tu. Time tu memang laku weyh, seyes tak tipu. Sekejap jerk licin, penangan masakan mak ani. Sampai ada gak orang datang waktu nak tutup kedai cakap "Eh, dah bis dah dik? abang baru nak beli" dengan selamber aku balas "Dah bis lama dah bang, esok datang awal sikit" sambil tersenyum. Brader tu pergi dalam keadaan sedih. Haha. Dah nasib badan bang. Haha. Kiranya memang ak banyaklah dapat pengalaman communicate dengan customer. Macam-macam ragam n karenah. Haha XD. Aku ada jugak kerja dekat kapal, as a cleaner under satu company dalam TLDM dulu. Bukan sebarangan kapal ok, bersihkan kapal perang ok. Haha. Ni sebab ajakan member gak, sampai bermandi minyak kapal pon ada. Haha

Then ak pernah kerja dekat Al-Ikhsan waktu cuti sem. Time tu bulan pose, memang seronok giler. Time tu sume kasut aku hafal nama. Customer sebut jerk, boleh cari dah. Haha. Best weyh, walaupon time tu letih sebab duduk bawah bumbung dekat stor kasut tingkat atas kedai tapi pengalaman tu memang valuable. Tak boleh dapat dekat tempat lain. Haha. Then aku ada kerja dekat Giant Sri Manja, P.J. Time ni sebab hati gundah gulana (cheewah) so bawak diri jap. Hehe. Korang boleh refers entri aku sebelum ni, aku ada citer pasal kerja dekat Giant ni. Haha.

Apa2 pon sumer pengalaman tu sangat penting bagi aku. Sungguh menggamit memori. Yup, mesti ada antara korang anggap aku miskin, aku tak kisah apa orang nak cakap, memang ak bukan daripada golongan orang kaya, aku bukan lahir2 senang dapat sumer benda yang aku nak. Kadang-Kadang aku perlu usaha untuk capai apa yang aku nak. Tapi aku bersyukur, sebab atas sumer pengalaman tu lah aku jadi seperti diri aku sekarang ni. Alhamdulillah aku boleh survive berada di alam pekerjaan yang sebenarnya. Ketentuan Allah itu cantik :) Tamat.

So terima kasihlah kepada readers sume yang sanggup baca entri aku kali ni.
Hope korang takkan bosan n akan sentiasa baca entri terbaru ak. Hehe

Until we meet again. Sayonara~~ :)

- MWS -
edit post
Reaksi: 
0 Responses