Wazir Shafiq


Hai reader semua. Apa khabar? hope masing-masing sihat n tengah enjoy waktu cuti-cuti camni. so macam mane dengan cuti korang? best tak? mest banyak aktiviti kan? okay. Hmm. rasa macam da lama giler tak update blog. Lama sangatlah. Nak buat macam mana. Macam ni la kehidupan sebagai mahasiswa ni. Tambah-tambah lagi tahun akhir. FYP, assignment, test, n macam-macam lagi la. banyak benda nak settlekan. Tapi for sure, mesti akan rindu this moment. Yerla da nak habis belajar kan? okay. sudah-sudah cerita pasal belajar ni. karang korang lari pulak tak nak baca cerita aku ni.. hehe XD

Ok, back to the main topic. Pasal HEART BROKEN ni. rasanya da jadi macam trend pulak. Yerla tiap-tiap hari aku logon tak kisahla FB ker, Twitter ker, o lain-lain laman sosial. Mesti ader kisah-kisah si polan ni putus dengan si polan ni, si polan ni frust tengah bergaduh dengan gf/bf, si polan ni maki-maki si polan ni, macam-macam lagilah reaksi n kata-kata yang di luahkan kat timeline tu. Tak sah kalau sehari takder kisah-kisah macam tu. dats why, pada mula tu aku cakap da jadi macam trend pulak.

Betul tu, HEART BROKEN ni memangla bak kata orang 'payah untuk ditelan, pedih untuk diluahkan'. Tak berkecualian aku juga pernah rasa perasaan tu suatu ketika dulu. Yerla apabila kita menyayangi seseorang, berniat untuk hidup bersama, setelah lama bersama, bertahun-tahun lamanya akhirnya putus jugak. Pada mulanya memang pedih nak terima kenyataan tu apatah lagi nak melupakan. Tapi tamo cerita panjang-panjangla. Biala cerita tu aku sorang jerk tahu. Okay mesti ramai yang kat lua tu, jejaka-jejaka kacak, gadis-gadis jelita, pernah alamai n punyai cerita yang berbeza kan? different story, different time, different situation. tak kisahla cinta monyet, cinta gula-gula kapas, karipap-karipap cinta, cinta dodol or lain-lain. So mesti serba sedikit korang paham rasa tu macam mana kan? :)

Sebenarnya, bagi aku, semua perkara tu mematangkan kita, memberi pengajaran yang tidak mungki kita belajar if kita tak alaminya. Macam mana nak hargai seseorang, apa batasan yang perlu kita letakkan untuk mengelakkan hati pihak lain terguris, terima seseorang bukan sahaja kerana rupa tapi juga kerana budi pekertinya n macam-macam lagila. So at the end of the day, kita jadi semakin matang n le berfikir tentang kebaikan n keburukan sesuatu. Pada mula kita alami HEART BROKEN tu, perasaan sedih tu sentiasa menyelubungi diri, banyak persoalan timbul, nape jadi macam ni? nape jadi macam tu? n lain-lain. Biasalah tu, time tu masih tak dapat terima kenyataan tapi lama-lama da le paham yang JODOH-PERTEMUAN semua terletak di tangan Allah. Allah tu sebenarnya turunkan ujian, bukan untuk menyiksa hambaNya tapi untuk menguji sejauh mana kita ingat padaNya. n percayalah tiap kejadian de hikmahnya.

Mungkin pada masa ni, kita berpikiran kita dah kehilangan sesuatu yang berharga. Tetapi percayalah, Allah itu maha pemurah lagi maha menyayangi, Dia akan gantikan seseorang yang lebih baik daripada orang tersebut. :) So kepada sesiapa yang tengah HEART BROKEN sekarang ni, janganlah bersedih-sedih lagi. Bina kekuatan diri, lupakan perkara yang da lepas, bina hidup yang baru. Untuk lupekan semua tu, mungkin ambil masa, tapi cuba banyakkan berdoa, rapatkan diri pada Allah, mengadu semua pada dia, ngan tunjukkan pada orang lain yang diri kita lemah, rapat lagi hubungan dengan family, kawan-kawan, insyaAllah semua akan jadi lebih baik.

Bagi aku sekarang ni, tumpukan pada masa hadapan dulu. Jangan kerana satu kegagalan, kita nak jadikan ia sebagai penghalang untuk berjaya pada masa hadapan. Untuk diri aku lak n reader-reader lain, aku nasihat better kumpul duit banyak-banyak, senangkan keluarga dahulu, bila da sampai masa just kawen dengan seseorang yang kita berkenan, dengan melamarnya mengikut tatacara Islam, itu yang sebaiknya. Bercinta selepas kahwin tu lebih baik, yang mana PERKAHWINAN itu menghalalkan yang mana haram. InsyaAllah, banyakkan berdoa n semua berdasarkan ketentuan Allah.

Ok, sampai di sini sahaja aku rasa, aku nak berceloteh. Ada masa nanti aku cerita lagi ea. Selamat menghargai hari-hari cuti buat reader di lua sana. Harap korang gembira selalu. Kurangkan konspirasi, banyakkan publisiti. chewah~~ da macam melodi lak.. layan~~ :)

Learn from the past...        
To brighten our future..

we live only onces, so appreciate every single moment that we have. :)
0 Komen | edit post
Reaksi: 
Wazir Shafiq

Hai reader sumer.. so camner ngan hari korang ri ni? hepi? sedeyh? so kepada sesiapa yang hepi-hepi tu keep go on ea.. yang maner tengah bersedeyh tu..chill weyh! life panjang lagi..daripada korang berkurung dalam bilik lebih baik korang keluar amik angin.. tenangkan jiwa.. hehe =)

Okla..since da lama tak update blog..kali ni aku nak bercerita pasal satu kenangan ni.. so kepada yang sudi membaca tu.. le teruskan membaca sampai ke bawah.. yang ne agak-agak malas tu le la pergi ambil angin dulu.. then mane tau tiba-tiba nak baca balik.. so le buka smula entri aku yang mengamit memori ni ea (perasan lebeyh =p)

Ni nak kongsi pengalaman waktu cuti semester hari tu.. walaupon cuti singkat.. sebulan jerk.. but selama cuti tu macam-macam pengalaman aku alami.. berbagai benda yang aku tempuhi.. hehe.. chewah~ =P ok back to the highway.. untuk pengetahuan sumer.. waktu cuti semester hari tu aku bekerja sebagai customer service dekat satu cawangan Giant tu ( tempat takleh di beritahu..atas reason-reason tertentu.. chewah cam artis lak =p).

Ok..ni  aku nak bagi penerangan sikit pasal kerja-kerja sebagai customer service (CS) tu.. ok kalu korang perasan CS ni tempat korang tinggalkan barang macam beg, helmet, payung dll sebelum korang masuk dalam pasaraya Giant tu.. selalunya bahagian tepi sekali.. tempat korang le redeem free gift tu~ haa.. situla CS.. =)

Tapi.. korang jangan ingat itu jerk kerja CS.. banyak lagi woo.. paging orang dalam giant tu.. kalau korang perasan biler de bunyi.. Ting.. Ting .. Ting (lebeyh kurangla bunyi dier =p) then ada orang cakap ' Selamat malam dan salam satu m'sia kepada para pelanggan kami yang budiman.. sila ambil perhatian..bla~ bla~ bla~ ' haa.. tu kerja CS gakla.. banyak lagi la check harga dll.. kalu korang nak tau lebeyh mohonla kerja CS =) best wooo~~ hehe..

Best tu.. memangla best kerja sebagai CS ni.. tapi yang tak best biler ada masalah yang melibatkan customer.. customer complain pasal hargala, salah beli barangla, barang rosaklah.. sumer tu CS kene explain BAIK-BAIK..walupon kadang-kadang teruk CS di maki hamun.. sedangkan ia bukan salah CS.. CS jugak kene.. tapi di sebabkan protokol..n CUSTOMER ALWAYS RITE.. so terpaksala cakap slow-slow.. walaupon dalam hati panas.. kalau tak jadi kes macam pekerja kfc pukul customer tu.. sabar jerla..

Terus terang memang macam-macam ragam customer ni.. pelbagai bangsa, pelbagai karenahnyer.. biasala satu m'siala katakan.. bawah ni apit senaraikan perangai biasa bagi setiap bangsa.. tapi jangan salah faham..bukan SEMUA camni.. tapi SESETENGAH orang jerk camni..

i) Cina - Mereka pentingkan duit.. setiap perkara akan di cek dalam resit selepas pembayaran.. kadang-kadang ada yang bawa kalkulator sendiri supaya pastikan betul.. even 30 sen pon mereka akan berkira and minta pulang semula.. walaupon pakaian cantik, drive kereta camry n sewaktu dengannya.. tapi still perangai camtu gak..

ii) India - kebanyakan barang yang mereka beli akan cepat rosak.. tak sampai sebulan.. dah hantar untuk repair. walhal barang tu kadang-kadang da rosak teruk, susah untuk di repair. mereka still claim kerana katanya still in warranty.

iii) Melayu - kebanyakan orang melayu tak pernah cek semula selepas beli barang. so yang mana lebih, dikira halal jerk. tapi ada gak customer yang ikut perasaan. maki-maki, walhal resit mereka sudah hilang (lupe letak mana katanya) tapi marah-marah sedangkan mereka tahu tanpa resit takleh watpe untuk tukar barang lain.

Macam-macam karenahnyer customer ni. tapi macam aku katakan tak sumernya teruk.. ada gak yang baik.. bagi angpow waktu tahun baru cina, ajak menyembang dll.. tu lah antara kenangan yang tak mungkin aku lupekan.. insyaAllah.. =) ok lah takmo bercerita panjang-panjang..bosan lak korang nanti..len masa aku bercerita lagi ea.. =)

P/s : GXSI, terima kasih kerana sudi beri peluang dekat aku tuk bekerja di sana. Abg haiqal (HR), mummy,  faizah, aqila, anis, kak lila, abg raja, ira, ida, aisyah, durka, tullisy, kak ita, kak ida, kak siti, kak lin, abg joe, jai, nas, fatin, abg nasir n lain-lain staff giant ( maaf tak sebut sumer..tak tau jadi panjang mana karang..hehe) seronok dapat bekerja dengan korang. Rindu kat korang sumer. Muga satu hari nanti kita akan bertemu kembali.. insyaAllah. =)
2 Komen | edit post
Reaksi: