Wazir Shafiq


Hai reader semua. Apa khabar? hope masing-masing sihat n tengah enjoy waktu cuti-cuti camni. so macam mane dengan cuti korang? best tak? mest banyak aktiviti kan? okay. Hmm. rasa macam da lama giler tak update blog. Lama sangatlah. Nak buat macam mana. Macam ni la kehidupan sebagai mahasiswa ni. Tambah-tambah lagi tahun akhir. FYP, assignment, test, n macam-macam lagi la. banyak benda nak settlekan. Tapi for sure, mesti akan rindu this moment. Yerla da nak habis belajar kan? okay. sudah-sudah cerita pasal belajar ni. karang korang lari pulak tak nak baca cerita aku ni.. hehe XD

Ok, back to the main topic. Pasal HEART BROKEN ni. rasanya da jadi macam trend pulak. Yerla tiap-tiap hari aku logon tak kisahla FB ker, Twitter ker, o lain-lain laman sosial. Mesti ader kisah-kisah si polan ni putus dengan si polan ni, si polan ni frust tengah bergaduh dengan gf/bf, si polan ni maki-maki si polan ni, macam-macam lagilah reaksi n kata-kata yang di luahkan kat timeline tu. Tak sah kalau sehari takder kisah-kisah macam tu. dats why, pada mula tu aku cakap da jadi macam trend pulak.

Betul tu, HEART BROKEN ni memangla bak kata orang 'payah untuk ditelan, pedih untuk diluahkan'. Tak berkecualian aku juga pernah rasa perasaan tu suatu ketika dulu. Yerla apabila kita menyayangi seseorang, berniat untuk hidup bersama, setelah lama bersama, bertahun-tahun lamanya akhirnya putus jugak. Pada mulanya memang pedih nak terima kenyataan tu apatah lagi nak melupakan. Tapi tamo cerita panjang-panjangla. Biala cerita tu aku sorang jerk tahu. Okay mesti ramai yang kat lua tu, jejaka-jejaka kacak, gadis-gadis jelita, pernah alamai n punyai cerita yang berbeza kan? different story, different time, different situation. tak kisahla cinta monyet, cinta gula-gula kapas, karipap-karipap cinta, cinta dodol or lain-lain. So mesti serba sedikit korang paham rasa tu macam mana kan? :)

Sebenarnya, bagi aku, semua perkara tu mematangkan kita, memberi pengajaran yang tidak mungki kita belajar if kita tak alaminya. Macam mana nak hargai seseorang, apa batasan yang perlu kita letakkan untuk mengelakkan hati pihak lain terguris, terima seseorang bukan sahaja kerana rupa tapi juga kerana budi pekertinya n macam-macam lagila. So at the end of the day, kita jadi semakin matang n le berfikir tentang kebaikan n keburukan sesuatu. Pada mula kita alami HEART BROKEN tu, perasaan sedih tu sentiasa menyelubungi diri, banyak persoalan timbul, nape jadi macam ni? nape jadi macam tu? n lain-lain. Biasalah tu, time tu masih tak dapat terima kenyataan tapi lama-lama da le paham yang JODOH-PERTEMUAN semua terletak di tangan Allah. Allah tu sebenarnya turunkan ujian, bukan untuk menyiksa hambaNya tapi untuk menguji sejauh mana kita ingat padaNya. n percayalah tiap kejadian de hikmahnya.

Mungkin pada masa ni, kita berpikiran kita dah kehilangan sesuatu yang berharga. Tetapi percayalah, Allah itu maha pemurah lagi maha menyayangi, Dia akan gantikan seseorang yang lebih baik daripada orang tersebut. :) So kepada sesiapa yang tengah HEART BROKEN sekarang ni, janganlah bersedih-sedih lagi. Bina kekuatan diri, lupakan perkara yang da lepas, bina hidup yang baru. Untuk lupekan semua tu, mungkin ambil masa, tapi cuba banyakkan berdoa, rapatkan diri pada Allah, mengadu semua pada dia, ngan tunjukkan pada orang lain yang diri kita lemah, rapat lagi hubungan dengan family, kawan-kawan, insyaAllah semua akan jadi lebih baik.

Bagi aku sekarang ni, tumpukan pada masa hadapan dulu. Jangan kerana satu kegagalan, kita nak jadikan ia sebagai penghalang untuk berjaya pada masa hadapan. Untuk diri aku lak n reader-reader lain, aku nasihat better kumpul duit banyak-banyak, senangkan keluarga dahulu, bila da sampai masa just kawen dengan seseorang yang kita berkenan, dengan melamarnya mengikut tatacara Islam, itu yang sebaiknya. Bercinta selepas kahwin tu lebih baik, yang mana PERKAHWINAN itu menghalalkan yang mana haram. InsyaAllah, banyakkan berdoa n semua berdasarkan ketentuan Allah.

Ok, sampai di sini sahaja aku rasa, aku nak berceloteh. Ada masa nanti aku cerita lagi ea. Selamat menghargai hari-hari cuti buat reader di lua sana. Harap korang gembira selalu. Kurangkan konspirasi, banyakkan publisiti. chewah~~ da macam melodi lak.. layan~~ :)

Learn from the past...        
To brighten our future..

we live only onces, so appreciate every single moment that we have. :)
edit post
Reaksi: 
0 Responses